
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata Sarawak merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 28,194 individu, diikuti Selangor (24,211), Kuala Lumpur (20,510) dan Sabah (18,670).
“Di Johor pula seramai 17,476 individu, Perak (17,450), Pahang (17,434), Kelantan (14,982), Kedah (14,200), Terengganu (13,070) dan Negeri Sembilan (10,741).
“Di Pulau Pinang seramai 9,811 individu, Melaka (6,258), Perlis (5,241), Putrajaya (3,337) dan Labuan (2,338),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.
Pada 24 Feb lepas, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, jenis Pfizer-BioNTech.