
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, jumlah tangkapan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu apabila hanya 1,000 individu ditahan dalam operasi seumpamanya.
“Peningkatan ini sebanyak 513 orang iaitu 51.3% berbanding tahun lalu,” katanya dalam kenyataan sambil memaklumlan aktiviti perjudian itu melibatkan kawasan di dalam bangunan dan tempat bebas.
Katanya, jumlah tangkapan itu membabitkan 203 serbuan.
Menurutnya, melalui serbuan itu polis turut merampas wang tunai RM1,216,617 berbanding RM562,313 pada 2020.
“Secara keseluruhan, Ops Limau 2021 menunjukkan kejayaan dalam usaha membanteras aktiviti perjudian sempena Tahun Baharu Cina dengan mencatatkan peningkatan bilangan serbuan dan rampasan wang tunai,” katanya.