
Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 12.45 pagi Isnin berhubung pergaduhan membabitkan kira-kira 20 warga tempatan.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan usaha mengenal pasti semua individu terlibat giat dijalankan.
“Beberapa lagi suspek masih bebas dan sedang diburu polis,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah empat lelaki masih dirawat di hospital.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati atas pertaruhan judi dalam kalangan kumpulan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148, 326 dan 307 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata serta menyebabkan kecederaan parah.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat Erwine Pedaron di talian 013-7609454 bagi membantu siasatan.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi boleh menimbulkan kegusaran dan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.