Kementerian bawa rayuan masyarakat Cina berkaitan SOP Tahun Baharu Cina ke MKN

Kementerian bawa rayuan masyarakat Cina berkaitan SOP Tahun Baharu Cina ke MKN

Kementerian telah mengadakan perbincangan bersama dengan 21 Badan Pertubuhan Agama, Persatuan Kebudayaan Cina dan pihak berkaitan berhubung isu SOP Tahun Baharu Cina.

Kementerian itu berkata, sebarang pengumuman berkaitan dengan SOP Tahun Baharu Cina akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan mengangkat pandangan dan rayuan masyarakat Cina berkaitan makan besar keluarga dan kehadiran ke rumah ibadat sempena perayaan Tahun Baharu Cina kepada pihak MKN.

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah membuat perbincangan bersama dengan 21 Badan Pertubuhan Agama, Persatuan Kebudayaan Cina dan pihak-pihak berkaitan pada 12 dan 18 Jan lalu.

“Antara persatuan yang terlibat adalah Malaysian Buddhist Association, Buddhist Missionaries Society Malaysia, Persatuan Agama Taoisme Malaysia, Lutheran Church of Malaysia, Association of Churches in Sarawak, Malaysian Chinese Muslim Association, Fo Guang Shan dan Persekutuan Persatuan Taoist Malaysia serta beberapa persatuan lain,” menurut kenyataan KPN.

KPN memaklumkan, sebarang pengumuman berkaitan dengan pandangan dan rayuan yang dimasukkan dalam SOP Tahun Baharu Cina akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

FMT sebelum ini melaporkan, pemimpin DAP, Lim Guan Eng, menggesa Putrajaya mengkaji semula peraturan Tahun Baharu Cina, dengan menyifatkannya “tidak sensitif dan tidak menghormati” komuniti itu.

Katanya, membenarkan makan malam dan himpunan anggota isi rumah yang sama bererti “makan malam biasa”.

“Kalau ibu bapa saya tinggal di hujung kampung, adakah mereka sepatutnya merayakan dan makan bersendirian, dan tidak dapat dilawati oleh ahli keluarga mereka?

“Ini akan menjadi sambutan yang sunyi dan kosong bagi kebanyakan warga emas,” katanya dalam kenyataan, dan menambah peraturan itu tidak masuk akal.

Beliau juga berkata larangan ke atas aktiviti sembahyang di rumah ibadat, yang dihadkan kepada lima ahli jawatankuasa, mencetuskan ketidakpuasan orang ramai ketika aktiviti sedemikian bagi agama lain dibenarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.