Pesakit minum bir akan dipanggil selepas keluar PKRC, kata polis

Pesakit minum bir akan dipanggil selepas keluar PKRC, kata polis

Individu terbabit sudah dikenalpasti namun mereka masih dalam rawatan dan siasatan akan dibuat secara berperingkat.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan sekurang-kurangnya lapan individu terbabit dalam aktiviti minum minuman keras di pusat rawatan Covid-19. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Polis akan memanggil individu terlibat meminum bir di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) selepas mereka keluar dari pusat itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata, individu terbabit sudah dikenalpasti namun mereka masih dalam rawatan dan siasatan akan dibuat secara berperingkat.

“Kita masih siasat mereka yang terlibat dalam kejadian yang dipanggil ‘majlis minum-minum’ ini, kita sudah kenalpasti semuanya dan kita akan panggil mereka selepas mereka keluar (dari PKRC) untuk diambil keterangan.

“Selain itu siasatan juga masih dibuat jika ada ‘frontliner’ yang terlibat dan jika ada kita akan serahkan kepada pihak berwajib begitu juga jika ada pegawai dan anggota polis yang turut terlibat, kita akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Baru-baru ini tular satu video menunjukkan sekurang-kurangnya lapan individu terbabit dalam aktiviti minum minuman keras di pusat itu.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Masidi Manjun berkata, tindakan tatatertib akan diambil jika didapati ada ‘frontliner’terlibat kejadian itu.

“Tindakan tatatertib boleh dikenakan selaras Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.