
Kami merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali mengenai siasatan berhubung dakwaan penglibatan “frontliners” dalam kejadian minum bir di sebuah pusat kuarantin Covid-19 baru-baru ini.
Kami mengambil maklum bahawa sejurus kesilapan dalam tajuk laporan itu disedari, pihak pengarang terus membetulkan kesilapan berkenaan.
Bagaimanapun, pembetulan itu tidak terpancar menerusi URL asal laporan berkenaan, dan kami memohon maaf atas perkara itu.

Ralat ini juga sudah diperbetulkan dan pautan kepada laporan berkenaan dipinda untuk mencerminkan pembetulan yang dibuat.
Kami ingin menjelaskan bahawa mesej mengenai kesilapan asal laporan itu, yang disebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah adalah palsu.
Noor Hisham mengesahkan kepad FMT bahawa mesej itu tidak dikeluarkan oleh beliau.