Pesakit Covid-19 tak perlu lapor status di MySejahtera

Pesakit Covid-19 tak perlu lapor status di MySejahtera

Dalam garis panduan baharu Kementerian Kesihatan berkuatkuasa 15 Julai, individu yang positif Covid-19 digalakkan tinggal di rumah.

Individu yang positif Covid-18 tidak perlu lagi melapor status di MySejahtera tetapi mereka digalakkan tinggal di rumah, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat yang sesak.
PETALING JAYA:
Individu yang disahkan positif Covid-19 tidak perlu lagi melaporkan status mereka di aplikasi MySejahtera, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, individu yang positif Covid-18 digalakkan tinggal di rumah, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat yang sesak.

Di bawah garis panduan baharu Covid-19 yang berkuatkuasa 15 Julai ini, pemakaian pelitup muka digalakkan kepada:

  • Individu yang positif Covid-19
  • Individu yang bergejala seperti batuk dan selesema
  • dan petugas kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan

Kontak rapat kepada kes Covid-19 digalakkan memantau gejala dan tahap kesihatan mereka.

Sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk, dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran, kata KKM dalam satu kenyataan.

Semalam, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memberitahu Dewan Rakyat pesakit Covid-19 tidak perlu lagi menjalani kuarantin di rumah. Mereka yang dijangkiti akan dirawat seperti pesakit jangkitan pernafasan yang lain.

Beliau berkata, jumlah kes Covid-19 menurun dengan ketara, turun sebanyak 77.9% daripada 17,256 kes kepada 3,810 kes setakat ini untuk tahun ini.

Walaupun tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan tetapi varian Omicron dan sub-variannya masih wujud, serta tiada varian baharu dikesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.