
Keputusan itu dibuat ‘berikutan perhatian meluas terhadap nama Santubong’, menurut kenyataan syarikat itu dalam hantaran Facebook minggu ini.
“Selepas pertimbangan mendalam, nama dan produk itu tidak akan digunakan lagi pada masa akan datang, dan produk tersebut telah dikeluarkan daripada rak jualan,” katanya.
Dalam pada itu, Nancy menyambut baik keputusan syarikat itu. Beliau sebelum ini berkata menamakan produk beralkohol sempena kawasan parlimennya adalah tidak sensitif, memandangkan majoriti penduduknya beragama Islam.
Menurut maklumat produk, bir itu ‘diinspirasikan oleh Gunung Santubong yang megah di Sarawak’. Ia dihasilkan dan dibotolkan di Sibu.