
Ketua Polis Daerah Kluang Low Hang Seng berkata kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang ketika, Md Rajihan Junaidi, 28, sedang melalui jalan berkenaan bersama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 25, dengan memandu kereta.
“Mengikut keterangan dalam laporan polis yang dibuat Khairunnisa pada pukul 10.35 malam tadi di Balai Polis Kahang, dia dan suaminya (Md Rajihan) membuat keputusan untuk meredah banjir ketika sampai di laluan berkenaan sebelum kereta mereka dihanyut arus ke sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Md Rajihan sempat memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan Khairunnisa, dan wanita itu berjaya diselamatkan orang awam, sebelum dia sendiri hanyut dibawa arus bersama dengan kenderaannya.
Low berkata, pihak bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas menerima laporan, namun keadaan air yang semakin deras serta cuaca gelap menyukarkan operasi.