Penuntut Upsi lemas ketika cuba selamat rakan

Penuntut Upsi lemas ketika cuba selamat rakan

Saksi maklum mangsa berusia lingkungan 20an dihanyutkan air deras di Air Terjun Kedondong, Batang Kali.

UPSI student drowns at Kedondong waterfall
Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang dihanyutkan arus deras di kawasan Air Terjun Kedondong. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) lemas selepas dihanyutkan arus deras di Air Terjun Kedondong, Batang Kali, petang tadi.

Menurut Bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian melibatkan lelaki berusia dalam lingkungan 20an itu kira-kira 4.45 petang.

Sejurus menerima panggilan, sepasukan enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerah ke tempat kejadian yang terletak 30km dari balai.

Mangsa kemudian ditemukan kira-kira 10m dari tempat dia terakhir dilihat dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Pihak bomba memaklumkan, saksi memberitahu pasukan penyelamat bahawa mangsa dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya.

Air Terjun Kedondong terletak dalam kawasan rekreasi Sungai Kedondong di jalan Batang Kali ke Genting Highlands, yang menjadi tumpuan untuk kegiatan riadah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.