Lebih 1,300 ditahan ingkar PKP pada hari pertama 2021

Lebih 1,300 ditahan ingkar PKP pada hari pertama 2021

Seramai 1,352 dikompaun, 32 direman dan empat lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seramai 623 orang ditahan di pub dan kelab malam, yang merupakan kesalahan mengingkari arahan PKP tertinggi semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1,388 orang ditahan pada hari pertama 2021 atas pelbagai kesalahan mengingkari perintah kawalan pergerakan (PKP).

Seramai 1,352 daripadanya dikompaun, 32 direman dan baki empat lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, 623 orang ditahan di pub dan kelab malam, 424 gagal mematuhi penjarakan fizikal, 137 orang tidak memakai pelitup muka, 118 kes gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dan 86 lagi membabitkan kesalahan lain.

Beliau berkata, 95 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dalam 105 sekatan jalan di seleruh negara semalam.

Katanya, seramai 96,312 individu pulang ke Malaysia sejak 24 Julai hingga semalam dan menjalani kuarantin wajib di 76 hotel serta 16 institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,547 individu sedang menjalani kuarantin wajib, manakala 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 88,225 individu telah dibenarkan pulang,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.