
Ketua Polis Brickfields Ku Mashariman Ku Mahmood menyeru suspek berkenaan segera menyerah diri di balai polis terdekat.
Katanya, pihak berkuasa sudah mengenal pasti dua suspek itu termasuk mangsa terlibat masing-masing berusia 33 dan 47 tahun.
Ku Mashariman berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian hotline MERS 999 pada kira-kira 2.15 pagi, memaklumkan mengenai kejadian pergaduhan di hadapan kelab malam di Jalan Tun Sambanthan.
“Terdapat saksi bebas yang melihat mangsa pertama bergaduh mulut dengan suspek di kawasan jalan raya berhampiran. Kemudian suspek yang kedua menyerang mangsa dengan menggunakan parang dan besi.
“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan tersebut telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan.
Polis juga berjaya merampas barang kes dipercayai mempunyai kaitan dengan kes.
Terdahulu, tular video memaparkan pergaduhan beberapa lelaki melibatkan parang dan besi.