
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Sudirman Kram berkata, dua lelaki yang positif COVID-19 dikenal pasti sebagai Harianto Safari, 41, dan Milhan Madi, 23.
Mereka melarikan diri sejak 22 Dis lepas, bersama tiga lagi iaitu Randi, 30, Hamsar, 27, serta Rija Riansyah Tan Rabudin, 29.
“Siasatan awal mendapati mereka diupah untuk membersihkan kawasan ladang di Sadong Land District, Jemukan Ulu, Asajaya dan disaring pada 21 Dis, namun pada 22 Dis, kelima-lima warga Indonesia tersebut melarikan diri dari tempat tinggal pekerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, keputusan ujian saringan mengesahkan dua daripada pekerja terbabit positif COVID-19 dan dimaklumkan kepada majikan mereka oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Daerah Samarahan pada 23 Dis.
“IPD Kota Samarahan memohon kerjasama semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perkara tersebut untuk menghubungi 082-662101 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syukri Jasni di 011-6564 3820.”