Peguam kritik ketakadilan terhadap pelajar

Peguam kritik ketakadilan terhadap pelajar

Pelajar Bangladesh meringkuk dalam penjara beberapa minggu kerana pasport dipegang pihak universiti untuk memperbaharui visa.

(Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang peguam bela mengkritik sistem kehakiman berhubung kejadian terhadap seorang pelajar asing yang didakwa tiada permit untuk tinggal di Malaysia.

Rajpal Singh, yang mewakili warga Bangladesh Md Asraful Gani Chy, malah tersinggung dengan keputusan pendakwaan untuk mencabar jaminan dibenarkan oleh mahkamah majistret untuk anak guamnya itu.

Bercakap kepada FMT, Rajpal menyifatkan kes Chy sebagai “mikrokosma ketakadilan” dihadapi segelintir warga asing di Malaysia.

Polis menahan Chy pada 3 Nov di sebuah restoran ketika dia menunggu seorang rakan.

Chy memaklumkan anggota yang melakukan serbuan bahawa dia pelajar di City University malah menunjukkan kad pelajarnya sebagai bukti. Dia turut menjelaskan pihak universiti memegang pasportnya He explained that the university was holding his passport untuk proses pembaharuan visa.

Bagaimanapun, penjelasannya tidak diendahkan dan Chy diletakkan di bawah tahanan polis, malah tidak dibawa di depan majistret untuk perintah reman seperti dibenarkan mengikut Akta Imigresen.

Universiti berkenaan kemudian menghantar wakil jabatan hal ehwal pelajarnya, ke balai polis Sea Park untuk menyerahkan pasport Chy, namun tidak dapat menemui pegawai penyiasat kes itu.

Pada 13 Nov, selepas ditahan selama 10 hari, Chy akhirnya dihadapkan ke mahkamah majistret dan didakwa kerana tidak mempunyai pas atau permit sah untuk tinggal di Malaysia. Tuduhan terhadapnya membawa hukuman denda sehingga RM10,000, penjara maksimum lima tahun dan enam sebatan. Mahkamah mempunyai budi bicara memerintahkan satu atau semua hukuman itu.

Susulan itu, Chy meminta dibicarakan dan dihantar ke penjara Bentong.

Tiga hari kemudian, seorang rakan yang mendapat tahu masalahnya terus melantik peguam bela untuknya.

Chy kemudian sekali lagi dihadapkan ke mahkamah majistret pada 25 Nov dan dibenarkan jaminan RM6,000 dengan dua penjamin kerana dia perlu menduduki peperiksaan. Dia turut diarahkan melaporkan diri di balai polis Sea Park sekali sebulan.

Jamalullail turut hadir di mahkamah bersama pasport dan visa yang diperbaharui. Kes itu akan disebut pada 5 Feb ini.

Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya sudah memfailkan permohonan semakan di mahkamah tinggi mencabar keputusan majistret membenarkan jaminan itu. Kes berkenaan akan didengar di depan hakim di Shah Alam, Isnin ini.

Rajpal berkata, Chy ditahan sejak lebih tiga minggu lalu dan menegaskan tindakan pendakwaan sebagai tidak masuk akal memandangkan Jamalullail sudah menyerahkan pasport anak guamnya, bererti tiada kesalahan dilakukan.

Selain itu, katanya, mahkamah mempunyai budi bicara memberi jaminan termasuk untuk warga asing, bersertakan syarat tertentu.

“Kenapa seseorang perlu terus ditahan penjara sedangkan nampak kecacatan dalam tuduhan terhadapnya?” soalnya.

Menurutnya, sudah tiba masa kerajaan meminda Akta Imigresen untuk memaksa agensi penguatkuasaan undang-undang membawa warga asing di depan majistret apabila ditahan untuk siasatan.

“Perlembagaan Persekutuan menyatakan tidak siapa patut dihalang hak terhadap nyawa dan kebebasannya. Setiap orang berhak mendapat perlindungan sama rata mengikut undang-undang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.