
Komander Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada 6 petang menerusi Op Nyah II selepas menyerbu sebuah rumah di kampung itu susulan maklumat yang diterima.
“Terdapat enam lelaki disyaki warga Myanmar di dalam rumah itu, empat suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah.
“Suspek disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, dua suspek berusia 32 dan 50 tahun dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup empat individu itu.
Dua kad berdaftar bawah Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan satu telefon bimbit turut dirampas.
Semua suspek ditahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan bawah Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.