
Komander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam pemeriksaan oleh Batalian 8 PGA itu, 800 batang kayu balak, 30,000 batang kayu yang siap diproses, peralatan memproses kayu serta jentera berat disita.
Selain itu, seorang lelaki warga China dan dua pekerja warga Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah ke negara ini turut ditahan.
“Kayu balak itu didapati tidak bercukai kerana tiada cap hasil cukai daripada Jabatan Perhutanan dan syarikat,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Kayu berkenaan disyaki diperoleh daripada kegiatan pencerobohan khazanah hutan simpan di sekitar Kelantan, tambahnya.
Kes disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Akta Imigresen 1959/63.