Menteri agama jumpa selebriti ‘dakwah’ esok susulan Da’i Syed dikaitkan jenayah seks

Menteri agama jumpa selebriti ‘dakwah’ esok susulan Da’i Syed dikaitkan jenayah seks

Satu pertemuan akan diadakan esok bagi menyampaikan mesej kerajaan dan menjaga nama baik agamawan.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan selebriti ‘dakwah’ esok bagi menyampaikan mesej kerajaan dan menjaga nama baik agamawan.

Pertemuan itu susulan seorang selebriti ‘dakwah’, yang juga seorang peserta program realiti TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da’i Syed, didakwa di mahkamah atas tuduhan seks luar tabii dan merogol melibatkan beberapa mangsa.

Pertemuan akan diadakan di sebuah hotel di Sepang petang esok.

“Banyak perkara boleh dibincangkan bersama dan mendengar pandangan mereka disamping kita juga dapat memberi nasihat untuk kita sama-sama ingat mengingati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program agihan sumbangan COVID-19 kepada bukan Islam di Majlis Wilayah.

Menteri juga menyambut baik gesaan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Mahmood Zuhdi Abd Majid, supaya program realiti televisyen yang mencungkil selebriti ‘dakwah’ dikaji keberkesanannya supaya tidak menempelak imej agamawan dan ustaz tradisional.

Mahmood juga menyarankan selebriti ‘dakwah’ mendapatkan latihan lanjut dan bimbingan sebaik sahaja tamat program realiti TV, dan bukannya dibiarkan sesuka-hati berdakwah.

“Terima kasih atas buah fikiran yang baik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.