
“Kami tidak menerima titah untuk menghadap Sultan Perak secara rasmi dari pihak Istana sepertimana dilaporkan oleh media massa,” kata Ahmad Faizal Azumu, pengerusi PPBM negeri.
Malah, sehingga kini PPBM masih belum memohon menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu pelantikan menteri besar baharu, tambahnya.
Lewat pagi tadi, Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini memberitahu pemberita yang menunggu di Istana Kinta bahawa Sultan Nazrin mengarahkan lima ADUN PPBM menghadap baginda hari ini bagi membuktikan sokongan mereka untuk membentuk pentadbiran baharu.
Katanya, Istana Perak mahu melihat bukti sokongan ADUN PPBM pada calon pilihan UMNO, selepas presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, selesai menghadap Sultan Nazrin.
Selepas pertemuan itu, Zahid mengumumkan kepada pemberita calon partinya sudah mempunyai majoriti mencukupi untuk diangkat sebagai menteri besar Perak baharu.