Keputusan rasmi pemilihan Bersatu diumum esok

Keputusan rasmi pemilihan Bersatu diumum esok

JPP Pusat sedang dalam proses meneliti semua aduan dan bantahan yang diterima berhubung pemilihan dan persidangan bahagian, kata setiausahanya.

Berdasarkan garis panduan pemilihan peringkat MPT dan bahagian Bersatu, setiap bantahan keputusan boleh dihantar selepas selesai persidangan bahagian bermula semalam hingga 2 petang hari ini.
PETALING JAYA:
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu akan mengumumkan keputusan rasmi pemilihan parti esok susulan 169 persidangan bahagian di seluruh negara.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Amirul Fahmi Mazlan Kushairi berkata, pengumuman keputusan rasmi itu akan dibuat pada 2.45 petang di Ibu Pejabat Bersatu.

“JPP Pusat sedang dalam proses meneliti semua aduan dan bantahan yang diterima bagi memastikan pematuhan peraturan persidangan dan peraturan pemilihan dengan tertib,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan garis panduan pemilihan peringkat MPT dan bahagian, bantahan keputusan boleh dibuat selepas selesai persidangan bahagian bermula semalam hingga 2 petang hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi JPP Saiful Adli Arshad berkata, JPP hanya akan mempertimbangkan aduan atau bantahan yang dikemukakan dalam tempoh tersebut.

Tumpuan pada pemilihan kali ini terarah pada persaingan enam calon merebut tiga jawatan naib presiden.

Antara yang bersaing termasuk dua penyandang – Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin – dan Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu.

Calon-calon lain bertanding terdiri daripada Timbalan Ketua Bersatu Selangor Rafiq Abdullah, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris dan Ketua Bersatu Batu Kawan Aziss Zainal Abidin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.