
Speaker Azhar Azizan Harun mengumumkan hanya 95 Ahli Parlimen tidak bersetuju berbanding 107 yang bersetuju apabila RUU itu diundi.
“Usul disetujukan,” katanya ketika mengumumkan hasil undian.
Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya sokongan terhadap peruntukan bagi Kementerian Kewangan diputuskan menerusi kaedah itu.
Undian ini merupakan belah bahagi kedua selepas peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri awal petang tadi, yang juga lulus dengan sokongan majoriti ahli Dewan.
Kementerian Kewangan diperuntukan sebanyak RM35.1 bilion dalam Belanjawan 2021, iaitu RM20.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM14.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.