Lebih 37,000 komputer riba belum diterima pelajar B40, kata Radzi

Lebih 37,000 komputer riba belum diterima pelajar B40, kata Radzi

Setakat 20 Sept, 112,356 unit telah diedarkan kepada pelajar-pelajar daripada 910 sekolah di seluruh negara, kata Menteri Pendidikan.

Sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2021, inisiatif Tabung Cerdik membuat komitmen untuk menyediakan 150,000 komputer riba kepada pelajar B40 melalui Yayasan Hasanah.
PETALING JAYA:
Masih ada lebih 37,000 komputer riba percuma yang belum disampaikan kepada pelajar B40, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2021, inisiatif Tabung Cerdik membuat komitmen untuk menyediakan 150,000 komputer riba kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melalui Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional.

Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Long di Dewan Rakyat semalam, Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, setakat 20 Sept, 112,356 unit telah diedarkan kepada pelajar dari 910 sekolah di seluruh negara.

Bagaimanapun, 16,577 ubit diterima oleh Yayasan Hasanah dan akan diedarkan kepada pelajar “dalam masa terdekat.”

“Baki 21,067 unit akan diedarkan sejurus selepas diterima oleh Yayasan Hasanah,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, 130,000 unit komputer riba telah diedarkan.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara, Tengku Zafrul berkata, Tabung Cerdik berada di landasan tepat untuk menyampaikan semua komputer riba percuma menjelang akhir bulan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.