Johor akan hantar bakul makanan kepada rakyat Malaysia terkandas di Singapura

Johor akan hantar bakul makanan kepada rakyat Malaysia terkandas di Singapura

Hasni Mohammad berkata Kerajaan Johor akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura menerusi Southern Volunteers.

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail. (Gambar Bernama)
ISKANDAR PUTERI:
Kerajaan Johor akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura.

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers.

Beliau berkata usaha tersebut akan dilakukan bersama-sama pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura.

“Bahawa pada hari ini, kita semua bersidang dalam semangat bermuafakat. Kita adalah rakyat Johor. Kita adalah Bangsa Johor. Atas rasa simpati dan penuh kesedaran, maka, kerajaan negeri Johor melalui Southern Volunteers akan menghantar bakul makanan kepada rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.