Mior Faridalathrash ketua polis Perak baharu

Mior Faridalathrash ketua polis Perak baharu

Pertukaran itu turut membabitkan Ketua Cawangan Khas Perak, Mazlan Santarai, yang dilantik sebagai timbalan ketua polis Perak.

Timbalan Pengarah Siasatan, Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dilantik sebagai ketua polis Perak baharu berkuat kuasa 21 Disember ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis mengumumkan pertukaran 9 pegawai kanannya berkuat kuasa 21 Disember ini, dengan Timbalan Pengarah Siasatan, Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid dilantik sebagai ketua polis Perak.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata, pertukaran itu turut membabitkan Ketua Cawangan Khas Perak, Mazlan Santarai, dilantik sebagai timbalan ketua polis Perak.

Manakala, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti Bukit Aman, Mustafa Khas Abdul Samat dilantik sebagai timbalan pengarah perancangan strategik, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

“Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Korporat, Kewangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Sasikala Subramanim dilantik sebagai timbalan pengarah siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

“Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman Shazeli Kahar dilantik sebagai ketua Cawangan Khas, Perak. Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM, Kuala Lumpur Munusamy Rengasmy dilantik sebagai SAC Bahagian Pentadbiran Maktab PDRM Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Asmawati turut mengumumkan pertukaran Pegawai Turus E1B5 Cawangan Khas Mohammad Mashdik Yahya sebagai penolong pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman.

“ACP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Selangor Mohammad Abd Hamid dilantik sebagai ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM, Kuala Lumpur.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kedah Mohd Zaki Ashar dilantik sebagai penolong pengarah Narkotik (Risikan) Zon I, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.