Pakailah stokin!

Pakailah stokin!

Tidak memakai stokin dan silap memilih stokin juga akan menyebabkan kaki mudah dijangkiti penyakit.

Gaya “sockless” sudah menjadi tren di kalangan anak muda. (Gambar Rawpixel)

Memakai kasut tanpa stokin atau “sockless” sudah menjadi tren di kalangan anak muda. Gaya yang juga disebut “mankle” ini juga dianggap tidak memperlihatkan kebersihan kaki.

Ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan berisiko untuk mendapat penyakit kaki seperti kutu air.

Menurut Emma Stevenson, dari College of Podiatry (kolej kedoktoran), ramai lelaki yang mengalami masalah kaki dan ia bersangkutan dengan pemakaian stokin.

Bukan hanya tidak memakai stokin tetapi kerana memilih stokin yang tidak tepat juga boleh mengundang kepada penyakit kaki.

“Kaki juga mengeluarkan peluh dan sekiranya tidak memakai stokin yang menyerap peluh akan menjadikan kaki cenderung dijangkiti bakteria dan kulat,” katanya.

Tidak kira atlet atau orang biasa, pemakaian stokin amat penting bagi mengelakkan ruam yang sering muncul di antara jari-jari kaki yang juga boleh menyebabkan kulit melepuh dan menjadi gatal.

Selalunya, cara rawatan terbaik adalah dengan menyapu krim atau berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat.

Jagalah kesihatan kaki bagi mengelakkan sebarang penyakit kepada tubuh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.