Turunkan kolesterol dengan 5 cara mudah

Turunkan kolesterol dengan 5 cara mudah

Pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak tepu dan gaya hidup yang tidak teratur serta seimbang boleh meningkatkan kolesterol dalam darah.

Selain makanan, gaya hidup yang tidak teratur juga menyumbang peningkatan kolesterol dalam darah. (Gambar Rawpixel)

Kolesterol adalah sejenis lemak lipid yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) pula mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

Pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak tepu dan gaya hidup yang tidak teratur serta seimbang boleh meningkatkan kolesterol dalam darah.

Sumber makanan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah ialah kuning telur, sotong, otak lembu, telur puyuh, santan, coklat, mentega, tiram dan minuman keras.

Berikut adalah beberapa cara menurunkan kolesterol:

1. Bersenam

Senaman secara teratur boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol jahat (LDL) sebanyak lima peratus. Untuk menurunkan kolesterol, pilih aktiviti yang boleh meningkatkan degupan jantung seperti berenang, berjogging dan berkebun. Lakukan 30-40 minit setiap hari.

2. Makan Ikan

Ikan mengandungi asid lemak Omega 3 yang dapat menurunkan kadar ‘triglyceride’, sejenis lemak dalam darah yang berkait rapat dengan penyakit jantung. Selain itu, Omega 3 juga dapat membantu mengurangkan kolesterol dan melambatkan pertumbuhan plak pada arteri. Ikan mengandung Omega 3 termasuk salmon, tuna atau sardin.

3. Cuka Epal

Cuka epal dikatakan mampu membantu meningkatkan sensitiviti insulin pada pesakit “diabetis mellitus” tahap dua. Cuka epal yang diambil atau diminum dengan teratur dikatakan membantu menurunkan kolesterol dan membantu meningkatkan kolesterol baik.

4. Sayur Bayam

Bayam mengandungi lebih kurang 13 senyawa “flavonoid” yang menjauhkan anda daripada kanser, penyakit jantung dan osteoporosis. Pengambilan sayur bayam yang mencukupi mampu menjaga diri anda daripada serangan jantung.

5. Buah Avokado

Buah avokado merupakan salah satu buah yang mengandungi asid ‘oleat’ dan juga lemak tak tepu, serta mengandungi ‘dietary fiber’. ‘Dietary fiber’ ini boleh membantu dalam meningkatkan kolesterol sihat (HDL) dan menurunkan kolesterol jahat (LDL).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.