‘Sponge Bobbie’, pakar marin guna span laut selamatkan terumbu karang

‘Sponge Bobbie’, pakar marin guna span laut selamatkan terumbu karang

Setakat ini Renfro dan pasukannya berjaya memindahkan semula lebih 200 span laut dari tapak semaian ke perairan Florida Keys.

Bobbie Renfro, pakar pemuliharaan span laut bersama pakar karang, Kylie Smith sebelum melakukan selam skuba untuk memindahkan karang di Florida Keys.

Siapa yang tidak kenal dengan watak nakal animasi SpongeBob Squarepants yang hidup dalam buah nanas di lantai laut.

Tapi Bobbie ‘Sponge Bobbie’ Renfro pula bukanlah satu watak kartun, sebaliknya adalah calon ijazah sarjana dari Florida State Universiti dalam bidang sains biologi dan ekologi terumbu karang dengan kepakaran dalam species span laut.

Kepakarannya itu digunakan dalam usaha untuk menyelamat terumbu karang dan span laut yang teruk terjejas di sekitar Florida Keys.

Menurut Pentadbiran Laut dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), span laut adalah hidupan akuatik invertebrata ringkas yang wujud sejak 600 juta tahun dulu.

Ia berevolusi bersama karang dan organisma terumbu lain serta menjadi bahagian penting dalam ekosistem tersebut.

Renfro menegaskan span laut mempunyai tiga fungsi utama, pertamanya sebagai penapis di kawasan terumbu, kedua ia adalah asas kepada ekosistem sebuah terumbu karang dan ketiganya ia berfungsi sebagai pelekat kepada terumbu karang supaya ia tidak beralih di bawa arus.

“Teknik ini sangat hebat. Selama ini pemuliharaan karang lebih lazim kami dengar berbanding span laut,” kata Rachel Crane, antara penyelam sains yang turut serta dalam ekspedisi itu.

Crane dan rakan lain di atas bot membantu Renfro memindahkan 200 karang untuk musim panas kali ini. Ia kemudiannya akan dipantau selang sebulan dan Renfro akan menggunakan data tersebut untuk memohon geran dan permit bagi meneruskan usaha pada tahun depan.

“Banyak pihak yang telah melabur untuk tujuan murni ini, kerana ia adalah proses pemuliharaan yang menyeluruh.

“Kami cuba untuk menyelamatkan keseluruhan ekosistem terumbu karang tersebut termasuk hidupan lain dan bukan sekadar span laut,” kata Renfro menutup kata.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.