
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata peraturan itu termasuk mengehadkan jumlah kedatangan pelancong ke pulau itu kepada 100 orang seminggu dan hanya pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan DOF Kedah sahaja yang dibenarkan menjalankan aktiviti di perairan taman laut itu.
“Taman Laut Pulau Payar juga akan ditutup kepada pelancong pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu dan akan ditutup kepada pelancong sepanjang bulan Mac hingga Mei setiap tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, data saintifik menunjukkan bahawa perlindungan biodiversiti marin Pulau Payar melalui konsep taman laut telah memberikan perkembangan positif terhadap pemulihan ekosistem terumbu karang di pulau itu.
Menurutnya, survei litupan karang yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik daripada Coral Cay Conservation pada 2004 dan 2005 melaporkan litupan karang di pulau itu diklasifikasikan sebagai moderate sederhana hingga poor dengan peratusan litupan karang antara 0 hingga 50 peratus.
Namun jelasnya, pemantantauan litupan karang tahunan yang dijalankan DOF pada tahun lepas mendapati kadar litupan karang di perairan pulau itu telah berada pada tahap good dengan peratusan 60.8 peratus.
“Kerajaan negeri sentiasa menyokong segala usaha DOF ke arah peningkatan sumber perikanan seterusnya membantu kesejahteraan komuniti dan sosioekonomi nelayan serta penduduk tempatan,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]