
Wujud sejak ribuan tahun lalu, terumbu karang adalah satu ekosistem yang kompleks dan begitu biodiversiti.
Berikutan kepentingannya terhadap keseimbangan alam dan perubahan iklim dunia, sebuah universiti di Amerika Syarikat telah mengambil satu inisiatif mewujudkan peta terumbu karang yang mampu dikemaskini secara berterusan dan global.
Di bawah arahan Pusat Penemuan Global dan Pemuliharaan Universiti Arizona State lebih daripada 450 pasukan saintis telah berjaya mewujudkan peta terumbu karang cetek di dunia.
Bagi menjayakan projek pemetaan ini, sejumlah 2.25 juta imej satelit dirakam membabitkan kawasan seluas 100,000 batu persegi.
Sebagai satu daripada ekosistem yang paling biodiversiti di atas muka bumi ini, terumbu karang memainkan peranan penting sebagai tuan rumah kepada hidupan marin.
Malangnya, akibat aktiviti manusia yang merosakkan dan berterusan, hidupan itu kini terancam.
Peta dikenali sebagai The Allen Coral Atlas yang kini digunakan di 14 negara itu akan membantu mengesan kesan perubahan iklim ke atas habitat.
Ia kemudiannya akan mengemaskini data tersebut dan memaklumkan kepada projek laut seterusnya bahawa terumbu itu perlu diselamatkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]