Hidangan Selada, ‘stew’ masyarakat Banjar

Hidangan Selada, ‘stew’ masyarakat Banjar

Ia merupakan hidangan berinti daging dan kentang yang dilenyekkan, enak dimakan hangat bersama stew daging.

Selada atau begedil. (Gambar Efi Jasmi)

Selada atau begedil adalah hidangan orang Banjar yang diwarisi secara turun-temurun.

Ia merupakan hidangan berinti daging dan kentang yang dilenyekkan, enak dimakan hangat bersama stew daging atau soto.

Hidangan yang seakan-akan stew masyarakat Inggeris menjadikan Selada sebuah hidangan selesa yang mesti dinikmati seisi keluarga.

Jika anda ingin alami dan rasai keunikan Indonesia dalam masakan anda, cubalah sediakan hidangan istimewa ini.

Bahan-bahan

  • 500 gram ubi kentang (kupas kulit, potong dadu dan rebus hingga empuk)
  • 150 gram daging kisar
  • ½ biji bawang besar (didadu)
  • 2 biji cili merah, dihiris halus
  • 2 – 3 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit garam

Cara menyedia:

  1. Kentang yang sudah direbus, lenyek sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang sudah didadu, masukkan daging kisar dan masak seketika.
  3. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  4. Kemudian gaulkan kentang lenyek tadi dengan cili merah dan daging yang telah dimasak.
  5. Masukkan daun sup, lada sulah dan garam. Kacau sebati.
  6. Bentukkan bulat dan leperkan.
  7. Panaskan minyak.
  8. Pecahkan telur, celupkan begedil ke dalamnya dan goreng sehingga masak.
  9. Angkat dan toskan, sedia untuk dimakan.

Tips:

Pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng betul-betul panas untuk mengelakkan daripada begedil melekat pada kuali.

Pastikan bahagian bawahnya betul-betul masak sebelum membaliknya agar tidak hancur.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.