Masak Lemak Nenas Udang siap dalam 15 Minit!

Masak Lemak Nenas Udang siap dalam 15 Minit!

Masakan ini adalah yang paling mudah dan cepat disediakan serta paling penting, menyelerakan.

Hidangan yang sungguh menyelerakan. (Gambar Butterkicap)

Masak Lemak Nenas Udang adalah antara sajian kegemaran ramai. Ia bukan sahaja mudah dimasak tetapi juga menyelerakan dan cepat dimasak.

Tak sampai 15 minit, anda sudah boleh menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan ini.

Kalau anda masih tak percaya betapa cepatnya resepi ini dapat disediakan, apa kata anda cuba sendiri?

Bahan-Bahan:

  • 1 biji nenas saiz sederhana, dihiris
  • 15 ekor udang besar, dibersihkan dan dibuang kepala dan ekor
  • 20g kunyit hidup
  • 7 biji bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 5 bawang putih
  • 350ml santan segar
  • 2 cawan air
  • 2 helai daun kunyit

Cara-Cara:

1. Kisar cili merah, bawang putih, bawang merah, cili padi dan 1/2 cawan air hingga halus.

2. Masukkan hirisan nenas di dalam periuk dan letakkan atas api sederhana besar.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis selama 2-3 minit.

4. Masukkan 1 1/2 cawan air dan biar mereneh selama 2 minit.

5. Carik-carikkan daun kunyit dan masukkan ke dalam periuk.

6. Masukkan 1/2 sudu besar garam atau secukup rasa. Kacau rata.

7. Bila kuah mula menggelegak sedikit, masukkan udang.

8. Selepas 5 minit dan kuah menggelegak, masukkan separuh santan dulu. Pastikan api kecil dan ‘tembok’ kuah agar santan tak pecah.

9. Masukkan baki santan. Kacau kuah selama 3-5 minit lagi dan padamkan api.

Nota: Kalau tak ada santan segar, beli satu kotak santan dan campur dengan 100 ml air.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.