Rendang Tok istimewa Syawal ini

Rendang Tok istimewa Syawal ini

Rendang Tok pasti menyingkap kenangan berada bersama keluarga di kampung.

Rendang Tok yang menjadi kegemaran semua.

Rendang tok adalah antara variasi rendang yang paling enak. Kenapa? Kerana rasa daging yang diperap dan direneh dengan rempah ratus yang penuh berperisa membuatkan rendang tok mempunyai tempat yang istimewa dalam kalangan penggemar rendang.

Rahsia pada keenakan resepi rendang tok ini ialah proses perapan daging yang lama. Rempah ratus yang diperap bersama daging akan membuatkan daging menjadi lebih empuk dan cepat masak disamping dapat menyerap perisa rempah semaksimum yang boleh.

Resepi rendang tok ini dibuat dengan cepat. Langsung tak merenyahkan dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disediakan. Mari kita cuba.

Bahan-Bahan:

a) Bahan kisar

  • 15 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 5cm halia
  • 8 batang serai
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering

b) Bahan sangai dan dikisar

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 cawan santan pekat

c) Bahan tumis

  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 ketul halia, dihiris
  • 4 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelage

d) Bahan-bahan lain

  • 1kg daging, dipotong menjadi ketulan 1 inci
  • 2 helai daun kunyit, dihiris
  • 1/2 biji kelapa tua, dibuang kulit dan diambil isi yang dihiris dan disangai
  • 1 cawan kerisik
  • 15ml air asam jawa
  • 10ml air putih
  • 2 cawan santan
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukup rasa

Cara-Cara:

  1. Perap daging semalaman bersama bahan kisar dan sangai.
  2. Dalam kuali besar, panaskan minyak atas api sederhana besar dan tumis bahan (c) hingga wangi dan bawang menjadi layu. Masukkan daging yang diperap. Kacau rata selama 2-3 minit.
  3. Selepas itu masukkan gula melaka, kerisik, air asam jawa, daun kunyit dan santan. Kacau rata dan biar mereneh selama 10 minit. Tambahkan sedikit air kalau rendang kelihatan sedikit mengering.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Setelah daging menjadi lembut, baru masukkan daun limau dan juga hirisan isi kelapa yang disangai. 5. Kacau rata dan biar masak selama 2-3 minit. Tutupkan api.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.