
Ya, itu dulu, tetapi kini, ia adalah milik Duke Dinings Sdn Bhd.
Sejak diambil alih, The Loaf telah membuka enam cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor serta dua di Langkawi berkat roti dan pastri buatan mereka yang terkenal.
“Secara keseluruhannya, kami mempunyai lebih dari 40 pastri. Tiada pra-campuran, aditif, atau pengawet. Kesemua roti dan pastri kami dibakar segar setiap hari untuk pelanggan,” ujar Kenny Low, eksekutif pemasaran The Loaf.
“Kami hanya menggunakan ramuan berkualiti dan hampir kesemuanya diimport dari luar negara.”

The Loaf menyediakannya pelbagai pilihan roti untuk menggoda anda dengan pastri yang dibuat secara tradisional.
Mungkin juga kerana itulah, sekiranya anda melangkah ke kafe elegan itu, pastinya anda akan mengambil satu atau dua keping pastri istimewanya Oyaki.
Oyaki, adalah sejenis ladu Jepun yang diperbuat daripada adunan soba yang diperam dan biasanya terdapat di wilayah Nagano, Jepun.
Pembuat roti yang berbakat di The Loaf telah mengubah Oyaki tradisional menjadi Taisho Oyaki moden dengan memasukkan adunan roti mentega dengan lebih daripada 10 jenis bahan manis dan lazat yang kemudiannya dibakar di dalam ketuhar dan bukannya digoreng.

Terdapat sembilan jenis Oyaki iaitu; Cranberry Cheese Oyaki, Red Bean Walnut Oyaki, Lemon Cheese Oyaki dan mereka yang gemarkan rasa manis boleh mencuba Nutella Oyaki, Creme Brulee Oyaki dan Caramel Cheese Oyaki.

Jika anda orang lama atau agak “old school” dan lebih gemarkan roti bulan sabit coklat keemasan atau croissant bersama secawan kopi pekat, The Loaf menyediakannya untuk anda.
Bagi yang agak berani boleh mencuba pilihan istimewa Rose Croissant, yang dicipta untuk Hari Wanita Antarabangsa.

Kerjasama The Loaf baru-baru ini dengan penasihat matcha, Niko Neko telah melahirkan Genmaicha Croissant, satu gabungan dari Denmark yang lazat dan rasa manis genmaicha yang halus dan mewah.

The Loaf mungkin terkenal dengan Oyakis Jepun dan croissant lembut tetapi mereka juga mempunyai menu makanan Malaysia yang menggoda selera anda.
Makanan popular Laksa Utara turut dihidangkan di sini dan anda tidak perlu risau tentang sekatan perjalanan antara negeri untuk merasakan keenakan masakan Kedah dan Perlis ini.
Jangan lupa dengan masakan timur, malah lebih istimewa apabila ayam percik dan burger disatukan menjadi burger Kecek Kelate yang sangat unik.
Di antara roti donat Denmark yang baru diperkenalkan adalah roti ayam panggang disiram dengan kuah percik, bawang tumis, lada dan timun, tidak lupa kepingan kentang goreng yang menjadikan hidangan ini amat menyelerakan.

Teruskan hidangan Asia dengan Ayam Kari Gempak, hidangan yang benar-benar sesuai dengan namanya.
Sekiranya anda bercadang untuk melupakan diet anda sebentar, ini adalah hidangan yang sempurna dengan nasi Basmati panas, papadum, acar segar dan Ayam Tun Kari Istimewa The Loaf.
Tidak berminat dengan nasi, gantikan saja dengan roti.

Tidak dapat ke Korea, pesan saja Dae-Bak Chic Burger yang dimasak bersama sos pedas Korea, dihiasi lada, kimci segar serta diapit roti Denmark.

Nikmati hidangan makan malam, anda boleh saja memilih duduk di dalam atau di ruangan yang lebih terbuka iaitu di beranda untuk merasai kedinginan angin malam yang tenang.
Untuk maklumat lebih lanjut, pergi saja ke Instagram dan Facebook The Loaf untuk mendapatkan tawaran yang lebih menarik.
The Loaf
L1-10 & 10S, Level 1,
No 1 Persiaran Multimedia,
Jalan Plumbum 7/102,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]