Kali keempat, salji turun di Gurun Sahara

Kali keempat, salji turun di Gurun Sahara

Selain tahun ini, salji dilaporkan pernah turun di Gurun Sahara pada tahun 1979, 2017, dan 2018.

Fenomena turunnya salji di Gurun Sahara masih dianggap jarang berlaku. (Gambar Twitter Marines Science Club)

Gurun Sahara yang terkenal sebagai padang pasir terbesar di dunia dengan cuaca panas terik kini bertukar apabila dilitupi salji.

Salji dilaporkan telah turun di Gurun Sahara, menjadikan suhu di padang pasir tersebut turun hingga -3 darjah Celsius.

Ia juga menyaksikan beberapa kawasan di Arab Saudi dilitupi ais akibat suhu yang mencecah -2 darjah Celsius.

Umumnya, suhu di Gurun Sahara mencapai antara 38 darjah Celsius pada musim panas, sementara pada waktu sejuk di bulan Januari, suhunya mencapai 20.2 darjah Celsius.

Walaupun suhu di Sahara yang terkenal bervariasi, fenomena turunnya salji masih dianggap jarang berlaku.

Ahli Meteorologi AccuWeather, Eric Leister berkata, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan itu namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Selain tahun ini, salji dilaporkan pernah turun di gurun Sahara pada tahun 1979, 2017, dan 2018.

Selama 42 tahun terakhir, jumlah salji yang turun juga sangat bervariasi. Bermula dari salji tebal yang menghentikan lalu lintas pada 1979, hingga hanya setebal 40 sentimeter yang turun pada 2018.

Ini merupakan kali keempat, Kota Ain Sefra di Aljazair mengalami hujan salji dalam 42 tahun terakhir.

Ain Sefra terletak di Pergunungan Atlas, 1,000 meter di atas permukaan laut dan dikenal sebagai pintu gerbang ke gurun Sahara.

Ia terletak di Provinsi Naama, Aljazair di bahagian utara Sahara, berdekatan sempadan Maroko.

Menurut laporan akhbar Independent, gambar hujan salji diambil oleh Karim Bouchetata, seorang jurugambar yang merakam gambar salji tipis di atas bukit pasir berwarna jingga dan menciptakan pola pasir yang menarik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.