Salji turun di puncak Kinabalu

Salji turun di puncak Kinabalu

Mengikut rekod sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku pada 1975 dan 1993.

Kawasan puncak Gunung Kinabalu di Ranau dituruni salji, pagi tadi.
RANAU:
Gunung Kinabalu mengalami fenomena luar biasa apabila kawasan puncaknya dituruni salji pagi tadi sehingga video rakamannya turut menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira dua minit bermula 6.20 pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid, kawasan yang dituruni salji berlaku di sekitar Sayat-Sayat, iaitu di kilometer 7 hingga ke puncak gunung berkenaan.

“Keadaan cuaca di kawasan gunung pagi ini sejuk sedikit berbanding biasa. Berdasarkan rekod suhu, ia sekitar 6.9 hingga 12.3 darjah Celcius dari jam 2 hingga 10 pagi. Tahap kelembapan pula ialah 52 hingga 62%.

“Kejadian ini sedikit luar biasa kerana kelazimannya hanya berlaku hujan ais atau pembekuan di sekitar puncak. Apa yang dilihat pagi ini ialah ia benar-benar salji,” katanya kepada FMT.

Justinus berkata, mengikut rekod sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku pada 1975 dan 1993.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.