Bandar ‘hantu’ di Russia

Bandar ‘hantu’ di Russia

Penempatan tinggalan di wilayah Sementnozavodsky kelihatan putih dilitupi salji tebal.

Pemandangan dari udara menunjukkan lapisan salji tebal pada bumbung bangunan. (Gambar Agensi Anadolu/Getty Images)

Beberapa keping gambar menunjukkan pemandangan menyeramkan apabila sebuah kawasan tinggalan di Russia hanya dilitupi salji putih.

Gambar terbabit diambil di sebuah penempatan di wilayah Sementnozavodsky yang terletak kira-kira 17 kilometer dari bandar yang menjadi tempat perlombongan arang batu di Vorkuta, lapor Daily Mail.

Ketika musim sejuk, wilayah terbabit mengalami cuaca sejuk yang sangat ekstrem dengan suhu -50 darjah Celsius.

Gambar menunjukkan bagaimana salji melitupi seluruh lantai dan perabot dalam bangunan malah terdapat ais yang terbentuk pada tingkap.

Pemandangan dari udara pula menunjukkan terdapat lapisan salji tebal terbentuk pada setiap bumbung bangunan.

Selain itu, kelihatan juga beberapa lori yang tertanam di dalam salji tebal berkenaan.

Cuaca yang terlalu ekstrem dan kurang peluang pekerjaan menyebabkan berlakunya penghijrahan penduduk dari tempat itu pada setiap tahun sejak 2013 lagi.

Keadaan itu menyebabkan bandar terbabit menjadi terlalu sunyi sepi dan boleh diibaratkan sebagai bandar ‘hantu’.

Vorkuta terletak di bahagian paling timur dan dikatakan sebagai bandar paling sejuk di Eropah dengan musim panas yang singkat manakala musim sejuk pula terlalu ekstrem.

Ia dianggarkan mempunyai populasi sebanyak 70,548 orang dan ia pernah menjadi tempat kem tahanan Gulag ketika era Joseph Stalin.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.