4 maut akibat salji lebat di Jepun

4 maut akibat salji lebat di Jepun

Menurut media Jepun, empat warga emas maut akibat salji di wilayah Nagano, Niigata, Fukushima dan Fukui pada Ahad serta Isnin.

Salji lebat melanda bahagian utara, timur laut dan barat laut Jepun sejak awal minggu lepas. (Gambar AP)
TOKYO:
Sekurang-kurangnya empat maut di Jepun akibat salji lebat sejak tiga hari lalu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Salji lebat melanda bahagian utara, timur laut dan barat laut Jepun sejak awal minggu lepas. Ketika ini, keadaan dilaporkan semakin reda, namun timbunan salji masih membawa ancaman, menurut laporan media tempatan pada Isnin.

Menurut media Jepun, empat warga emas maut akibat salji di wilayah Nagano, Niigata, Fukushima dan Fukui pada Ahad serta Isnin. Dua daripadanya dipercayai ditimpa salji terkumpul di bumbung rumah, manakala seorang lagi dilaporkan terjatuh ke sungai ketika menyodok salji.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi, berkata satu runtuhan salji berlaku di wilayah Fukushima, kawasan pusat peranginan mata air panas Tsuchiyu Onsen awal pagi Isnin.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, namun laluan terputus menyebabkan kira-kira 160 tetamu dan kakitangan terkandas, menurut pihak berkuasa.

Kyodo News melaporkan satu lagi runtuhan salji menghalang jalan di sana sekali lagi – kurang satu setengah jam selepas ia dibersihkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.