
Menikmati hujung minggu dengan memanjakan badan di Kolam Air Panas Sungai Klah tentunya sesuatu yang menyamankan.
Terletak berhampiran dengan Pekan Sungkai, kolam in menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam yang juga dikatakan boleh mengubati penyakit berkaitan dengan kulit.
Dengan kolam berkeluasan 6.5 hektar, kawasan ini dikelilingi bukit-bukau serta sungai dengan mata air semulajadi yang amat menenangkan.

Rekaan kolam dan lanskap menarik serta kehangatan air kolam pasti memberi terapi minda apabila merehatkan badan dalam suasana yang cukup tenteram dan nyaman.
Terdapat dua kawasan kolam besar di sini iaitu kolam air sejuk dan kolam air panas. Terdapat beberapa kolam air panas buatan di sini yang bersuhu antara 30 hingga 40 darjah celsius.
Menariknya, terdapat juga kolam yang mempunyai suhu air panas mencecah sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjung berpeluang merebus telur di dalam kolam air panas ini. Satu pengalaman yang sangat mengujakan.
Berkonsepkan flora dan fauna, Kolam Air Panas Sungai Klah ini dijaga dengan baik dan bersih maka tidak hairanlah ia sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk melepaskan lelah sambil berehat di sini.

Kolam air sejuknya pula luas dan pengunjung boleh mandi serta bermain gelongsor yang disediakan. Terdapat taman tema mini yang menyediakan gelongsor air yang pasti menyeronokkan anak-anak anda.
Sememangnya ia merupakan destinasi unik yang memang ideal untuk sekeluarga sambil mendidik anak-anak mengenai khasiat kolam air panas semulajadi yang baik untuk kesihatan.
Kemudahan awam juga tersedia untuk pengunjung seperti tandas, bilik persalinan, café, surau dan juga villa untuk disewa.
Pilihan penginapan di sini juga menarik dan sesuai untuk bermalam sehari dua sambil bersantai dengan keluarga. Pilihan pengidapan yang pelbagai dengan villa yang mempunyai sehingga enam bilik untuk tetamu.
Lebih menyeronokkan, majoriti villa yang ditawarkan di sini terdapat jakuzi yang boleh anda gunakan tanpa gangguan orang lain.
Untuk menjaga kebersihan kawasan, makanan dari luar tidak dibenarkan. Café di dalam kawasan ini turut menawarkan makanan enak untuk menjamu selera.
Harga masuk:
1. Dewasa RM15.00
2. Kanak-Kanak RM12.00
3. Warga Emas RM8.00
4. Orang Kelainan Upaya RM5.00
Pengidapan yang tersedia:
- Felda Residence Hot Spring
- Homestay Hot Spring Sungai Klah
- Dzai Homestay Sungai Klah
Kolam Air Panas Sungai Klah
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 7.00 petang
Sungai Klah Hot Springs Park
36000 Sungkai, Perak, Malaysia
Tel: +605 441 4493
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]