
Dalam kejadian 8 malam, Sabtu lalu, mangsa pada awalnya mandi di ruangan kolam kanak-kanak, namun hilang daripada pandangan ahli keluarganya.
Ketua Polis Baling Shamsudin Mamat, berkata kira-kira 15 minit selepas itu, mangsa dijumpai pengunjung yang sedang mandi di satu ruangan kolam dewasa.
“Pada awalnya, mangsa mandi di ruangan kolam kanak-kanak, namun kemudian dia hilang daripada pandangan dan warisnya gagal mencari mangsa di sekitar kolam berkenaan.
“Kanak-kanak tersebut dibawa keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bantuan awal pernafasan (CPR) diberikan dan waris menghubungi hospital sebelum ambulan membawanya ke unit kecemasan,” lapor Utusan Malaysia.
Katanya, pegawai perubatan mengesahkan mangsa itu meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Baling, pada 11.20 malam dan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, mendapati punca kematian disebabkan lemas.
Shamsudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.