Seni jalanan sentuhan Nautil singkap hubungan dengan alam

Seni jalanan sentuhan Nautil singkap hubungan dengan alam

Asas etika grafiti adalah subversif dan "antisosial" yang kadangkala provokatif.

Menurut Nautil, seni jalanan juga adalah satu bentuk cabaran, terutama apabila perlu bermula pada jam empat pagi supaya tidak tertangkap. (Gambar Nautil)

Perkara pertama yang terus menarik perhatian mengenai lukisan ini adalah matanya.

Seperti mana lirik lagu nyanyian R Azmi yang berjudul Dari Kerana Mata, kuasa tarikan seni jalanan di bahagian mata kucing tersebut memang cukup realistik dan mengagumkan.

Lihat saja perincian yang diberikan kepada setiap sudut dan sisi kedudukan kepala subjek tersebut. Silap haribulan tidak hairan jika ada yang terkejut melihat kucing gergasi yang sedang mendongak ke langit ini terpacul di hadapan mereka.

Namun bagi pelukisnya Näutil, seni jalanan sentuhannya membawa erti yang cukup tersendiri.

“Ia adalah segala-galanya dan bukan sesuatu yang bersifat institusi atau yang diberi kuasa. Ia seolah sesuatu yang berlawanan, cara untuk mempersoal, untuk memprovokasi refleksi, politik, falsafah dan juga artistik dan puitis.

Jelas Nautil, ia adalah seni yang tidak sempurna, dan dalam banyak perkara ia mampu membangkitkan kembali keinginan untuk mula memberi perhatian kepada perkara-perkara kecil yang tidak lagi kita lakukan atau lihat.

“Namun, kita tidak boleh lupa bahawa asas etika grafiti adalah subversif dan semacam “antisosial” yang kadangkala provokatif.

Ia juga satu bentuk cabaran, terutama apabila perlu bermula pada jam empat pagi supaya tidak tertangkap.

Selain itu sentiasa berharap agar cuaca baik, inspirasi yang datang juga baik setelah menemui blok rumah atau beberapa permukaan lain yang sesuai.

Kadangkala ia juga sangat teknikal, dengan perspektif mikro dan makro, kesan 3D, kontras warna dan lain-lain (saya tidak melukis pada pokok, batu dan lain-lain).

Katanya lagi, dia sukakan hubungan dengan perkara yang dilarang juga hubungan dengan alam. Baginya adalah penting untuk meletakkan kata-kata pada setiap karya sentuhannya.

“Saya melakukannya dengan mereka yang sealiran, dan hasilnya saya dapat menyelesaikan grafiti ini.”

Tambahnya lagi, ia umpama cerita yang bebas untuk ditafsirkan semula oleh akal dan hati mereka sendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.