Bekas presiden Perancis Sarkozy dipenjara 21 Okt

Bekas presiden Perancis Sarkozy dipenjara 21 Okt

Nicolas Sarkozy disabitkan bersalah atas dakwaan pembiayaan Libya terhadap kempen pilihan raya presidennya pada 2007.

Nicolas Sarkozy akan menjadi bekas presiden Perancis pertama dalam sejarah moden yang menjalani hukuman penjara. (Gambar EPA Images)
PARIS:
Bekas presiden Perancis, Nicolas Sarkozy akan menjalani hukuman penjara mulai 21 Okt ini susulan sabitan kes berkaitan dakwaan pembiayaan Libya terhadap kempen pilihan raya presidennya pada 2007, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

Sarkozy sudah dimaklumkan mengenai syarat penahanannya atas permintaan pejabat pendakwa kewangan negara (PNF).

Atas sebab keselamatan dan kerahsiaan, butiran penempatan penjara tidak akan didedahkan kepada umum.

Menurut sumber rapat yang dipetik saluran BFMTV, Sarkozy dijangka menjalani hukuman di Penjara La Santé di Paris.

Sebaik ditahan, pasukan pembelaannya boleh memfailkan permohonan pembebasan kepada Mahkamah Rayuan, yang mempunyai tempoh dua bulan untuk membuat keputusan.

Pada 25 Sept lalu, Mahkamah Jenayah Paris menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Sarkozy atas konspirasi jenayah berkaitan dakwaan pembiayaan kempen 2007 oleh Libya.

Walaupun beliau mengemukakan rayuan, mahkamah memerintahkan hukuman itu dilaksanakan serta-merta atas alasan “keseriusan luar biasa” terhadap kesalahan berkenaan.

Sarkozy bakal menjadi bekas presiden Perancis pertama dalam sejarah moden yang menjalani hukuman penjara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.