Hobi-hobi yang memudahkan mahasiswa mendapat pekerjaan

Hobi-hobi yang memudahkan mahasiswa mendapat pekerjaan

Hobi turut mengurangi stres, memperbanyakkan teman dan meningkatkan keterampilan dalam bidang tertentu yang pada akhirnya memudahkan kita menemui kerjaya sebenar.

Hobi yang betul akan membantu mahasiswa memperkembangkan kerjaya mereka. (Gambar Rawpixel)

Seorang novelis yang juga ahli politik, Irlandia George Bernard Shaw pernah berkata, “Kebahagiaan adalah apabila manusia dapat menjana pendapatan dari hobinya.” Sudah tentu, malah hobi turut mengurangi stres, memperbanyakkan teman dan meningkatkan keterampilan dalam bidang tertentu yang pada akhirnya memudahkan anda menemui kerjaya sebenar.

Berikut adalah antara hobi dan manfaatnya yang mungkin dapat membantu para mahasiswa sebelum memulakan karier mereka.

Jaringan profesional

Senaman adalah salah satu cara mengembangkan jaringan profesional bersama komuniti. (Gambar Rawpixel)

Percaya atau tidak, hobi boleh menyerlahkan jaringan profesional kamu dengan mereka yang hebat. Mereka ini sebenarnya ada di dalam komuniti anda dan hobi akan membantu menghubungkan bakat anda dengan orang-orang hebat ini.

Hobi yang boleh dicuba: kelab olahraga, automotif, teater dan kelab seni tari.

Percaya diri

Mendaki dapat mencipta keberanian dan keyakinan diri. (Gambar Rawpixel)

Hobi yang mencabar diri amat baik untuk mencipta keyakinan dalam diri. Melakukan sesuatu yang baru di luar kemampuan amat diperlukan dalam dunia pekerjaan.

Hobi yang boleh dicuba: berlari, mendaki, sky diving.

Menyerlah kreativiti

Fotografi dapat merangsang kreativiti anda. (Gambar Rawpixel)

Apa juga bidang pekerjaan yang akan anda ceburi nanti, kreativiti adalah aset penting. Melakukan hobi yang dapat merangsang dan menyerlahkan daya kreativiti adalah langkah awal sebelum memulakan kerjaya.

Hobi yang boleh dicuba: fotografi, melukis, menulis dan memasak, menjahit.

Berfikir secara kreatif

Hobi dapat meningkatkan daya pemikiran. (Gambar Rawpixel)

Bukan sekadar melepaskan stres, hobi juga dapat meningkatkan daya pemikiran. Hobi yang dapat mengasah bakat dan kemampuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah adalah sangat baik dalam membentuk pemikiran dalam kehidupan dan kerjaya.

Hobi yang boleh dicuba: catur, sudoku, monopoli

“Multitasking”

Memasak dapat menilai kebijaksanaan anda dalam melaksanakan pelbagai pekerjaan dalam satu masa. (Gambar Rawpixel)

Kemampuan untuk mengerjakan beberapa perkara sekaligus amat diperlukan bila saja anda sudah mulai bekerja. Ianya akan menjadi biasa dan boleh dikuasai dengan mudah apabila ditingkatkan dengan usaha. Malah, hobi ini akan menilai kebijaksanaan anda dalam melaksanakan pelbagai pekerjaan harian dalam satu masa sekaligus memberikan hasil yang terbaik.

Hobi yang boleh dicuba: memasak, mendaki

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.