Erra lebih rela berkayuh dari layan gosip liar

Erra lebih rela berkayuh dari layan gosip liar

Aktres jelita itu tetap ‘cool’ dan dilihat selesa menghabiskan masa dengan aktiviti riadah berbasikal.

Aktres Erra Fazira nafi dakwaan menjadi isteri kedua seorang ahli politik. (Gambar Instagram)

Walaupun terpalit gosip mengenai dirinya yang didakwa mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli politik, hakikatnya aktres jelita Erra Fazira tetap tenang dan lebih selesa menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti riadah berbasikal.

Dalam perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, Erra dilihat gembira menghabiskan masa berkayuh sambil menikmati pemandangan indah.

Selebriti itu memuat naik beberapa keping foto sedang berbasikal, sambil terselit luahan mendalam mengenai kecergasan dan sebuah perhubungan.

“Kecergasan itu tidak ubah seperti satu perhubungan, anda tidak boleh menipu dan mengharapkan ia akan berjaya.

“Orang kata, nikmati pemandangan bukan berswafoto! Tapi dalam kes ini, boleh tak kita nak dua-dua? Penat kayuh panjat bukit tau, kasi chance (peluang) la,” tulisnya lagi sambil menyertakan emoji senyuman.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 47 itu menafikan telah bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.

Tegasnya, dirinya masih berstatus ibu tunggal dan tidak bernikah secara senyap-senyap seperti yang digembar-gemburkan.

Gosip yang tersebar luas itu turut dinafikan ahli politik tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.