Azmin, Faizal Azumu di kediaman Muhyiddin untuk perjumpaan khas

Azmin, Faizal Azumu di kediaman Muhyiddin untuk perjumpaan khas

FMT difahamkan pertemuan ini sebahagian daripada sesi perbincangan dalaman.

Setiausaha Agung Azmin Ali dan Naib Presiden Faizal Azumu berada di kediaman Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk perjumpaan khas.
KUALA LUMPUR:
Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali dan Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu tiba di kediaman Presiden Muhyiddin Yassin untuk suatu perjumpaan khas, malam ini.

Pertemuan ini turut diadakan bagi menyambut Ramadan, menurut undangan yang dikeluarkan oleh setiausaha kerja Bersatu.

Naib Presiden Radzi Jidin turut memuatnaik video pertemuan malam ini di Facebook.

Sebelum ini, Ketua Bersatu Pasir Salak, Zainol Fadzi Paharudin, beritahu FMT bahawa tokoh utama parti, para wakil rakyat dan senator diundang ke pertemuan ini.

Pertemuan ini berlatarkan pertelingkahan antara kepimpinan Bersatu yang semakin meruncing, dengan desakan yang kian meningkat agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai presiden, disusuli pula dengan desakan balas supaya Timbalan Presiden Hamzah Zainudin meletak jawatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.