
Hati siapa yang tidak melonjak gembira apabila menerima pemberian dan ingatan dari insan yang bukan saja murni akhlaknya malah cantik dan tinggi pula darjatnya.
Demikian perkongsian yang dimuat naik aktres filem terkenal, Nur Fazura di laman Instagram @missfazura sebaik menerima kurniaan istimewa dari Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Sambil membuka satu-persatu bungkusan serba kuning Diraja yang berisi kepingan syiling emas serta beberapa naskah buku mengenai keagamaan, usahawan jelita itu turut berkongsi sedikit luahan sebagai tanda rasa terujanya di atas kurniaan tersebut.
“MasyaAllah. Terima kurniaan dari permaisuri kesayangan saya.
Baik hati, merendah diri dan sangat cantik. Antara sebab mengapa saya cukup mengagumi permaisuri saya, Tengku Permaisuri Norashikin.
“Wow..Junjung kasih Tuanku. Faz akan simpan Gold Coins ni untuk Fatima.
“MasyaAllah, dapat buku-buku yang sangat bermanfaat, InsyaAllah. Junjung kasih tuanku buat kurniaan dan ingatan ini. Sayang tuanku sangat-sangat,” tulisnya.
Pelakon Gol & Gincu ini turut berkongsi isi kad ucapan oleh DYMM Tengku Permaisuri yang menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepadanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]