
Pasangan yang mengenakan busana serba putih itu dinikahkan oleh abang kandung Ezza iaitu Rozman Yusof.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, menyerahkan sebentuk cincin kepada isterinya sebagai mas kahwin.
Majlis serba ringkas yang berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur itu dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pasangan tersebut pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Namun, hubungan mereka mereka bercantum kembali tahun ini.
Mereka sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu dibatalkan.
Menurut Remy, sifat Ezza yang sangat memahami dan mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang matang serta usia yang semakin meningkat membuatkan dia ingin segera mendirikan rumah tangga.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]