Basikal kesayangan Puteri Diana bakal dilelong

Basikal kesayangan Puteri Diana bakal dilelong

Basikal yang menjadi simbol terkenal melambangkan penindasan terhadap Diana ini, dijangka akan dilelong dengan harga£20,000.

Puteri Diana bersama basikal kesayangannya ketika zaman bujang.

Ia pernah digelar sebagai ‘basikal yang memalukan’ dan dijual selepas penasihat diraja Puteri Diana menyifatkannya ‘amat tidak sesuai untuk seorang puteri raja’.

Namun, basikal kesayangan puteri itu ketika zaman bujangnya kini bukan saja menjadi rebutan peminat malah dikatakan bakal dilelong dengan harga £20,000 (RM114,200).

Basikal Raleigh Traveller itu mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri apabila Puteri Diana sering mengayuhnya di sekitar London pada 1970an.

Ia juga dianggap sebagai simbol kebebasannya ketika masih berstatus gadis sebelum disekat dengan pelbagai protokol dalam keluarga Diraja Britain.

Basikal itu sentiasa menemaninya terutama ketika menjadi pengasuh di Kensington sebelum berkahwin dengan Putera Charles pada 1981.

Bagaimanapun, selepas menyertai keluarga itu, penasihat Diraja menggelarkan ia sebagai ‘basikal yang memalukan dan terpaksa dijual.

Dia juga diarahkan untuk tidak lagi mengayuh basikal itu sebaik berita pertunangannya diumumkan dan bertindak menjualnya secara senyap-senyap kepada rakan bapanya.

Lelaki itu pula kemudiannya menyimpan basikal itu dalam sebuah stor selama 27 tahun sebelum menjualnya pada harga £211 (RM1,204) pada 2008.

Basikal yang mempunyai tiga gear dan tayar 26 inci itu kali terakhir dijual sepuluh tahun kemudian dengan harga £9,200 (RM5,252).

Tidak lama lagi, ia akan dilelong pula akhir bulan ini secara atas talian oleh syarikat lelong di Sussex, Burstow & Hewett.

“Basikal ini adalah simbol terkenal melambangkan penindasan terhadap Diana. Dia terpaksa menyerahkan sesuatu yang disukainya selain penampilannya di khalayak ramai juga dikawal,” katanya.

Katanya, permintaan terhadap memorabilia diraja juga semakin menggalakkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.