Selamat pengantin baru Neelofa dan PU Riz

Selamat pengantin baru Neelofa dan PU Riz

Pasangan itu diijabkabul dalam satu majlis di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pu Riz dan Neelofa selamat bergelar suami isteri.
PETALING JAYA:
Selebriti popular, Neelofa, 32, kini bergelar isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan di sebuah hotel terkemuka, jam 11.43 pagi Sabtu.

Pasangan popular itu dinikahkan oleh adik kandung, Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin daripada Haris manakala hantaran hanya yang wajib.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga Neelofa, Datuk Halim Khan dan ibunya, Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Muhammad Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

Turut hadir, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga memberikan khutbah dan tazkirah di majlis berkenaan.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor melahirkan rasa syukur di atas sempurnanya majlis tersebut.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.

Menurutnya lagi, walaupun terdapat kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun dia amat bersyukur kerana apa yang dirancang terlaksana hari ini.

Neelofa berkata, 2019 adalah detik permulaan baginya yang berkenalan dengan PU Riz sehinggalah mereka diijabkabulkan.

Jelas Neelofa lagi, dia mula mengenali Haris pada 2017 dan pada 2018 mereka pertama kali bekerjasama untuk satu projek.

“Selepas itu, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari situlah kami mula mengenali hati budi masing-masing.

“Riz adalah seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Kami boleh berbincang banyak hal dan dia banyak membantu menyelesaikan pemasaalah yang saya hadapi. Saya selesa bersamanya,” ujar pengantin baru ini.

Terdahulu, pelbagai kontrovasi menimpa kedua pasangan ini sewaktu mereka bertunang namun kedua berjaya menepisnya dengan baik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.