
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, sambungan reman hingga 12 Jun terhadap pegawai jabatan kerajaan itu dan seorang pemilik syarikat bersama bapanya, masing-masing berusia lingkungan 40-an, 20-an dan 50-an dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Ahmad Hamdi Mustafar.
Rabu lalu, Bernama melaporkan ketiga-tiga suspek direman lima hari hingga hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah.
Laporan itu menyebut suspek pertama yang merupakan pendaftar perkahwinan dipercayai menerima wang rasuah RM1.18 juta daripada pemilik syarikat tersebut untuk membolehkan pasangan bernikah di Thailand mendaftar perkahwinan di jabatan agama di Perlis tanpa melalui prosedur ditetapkan.
Suspek pertama dipercayai berurusan dengan pemilik syarikat itu menerusi bapanya yang bertindak sebagai orang tengah dan dipercayai melakukan perbuatan berkenaan dari 2022 hingga 2023.
Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.