Scha Alyahya selamat lahirkan bayi perempuan pada 12.2.2021

Scha Alyahya selamat lahirkan bayi perempuan pada 12.2.2021

Awal turut melahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayi keduanya setelah menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.

Scha dan Awal bersyukur di atas kelahiran cahaya mata kedua mereka. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2kg, tepat 9.15 pagi Jumaat, di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

Scha atau nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya melahirkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata keduanya. Dia berkata demikian menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Scha, dia dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan masih berehat.

“Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari dan In sha Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.

“Kekal selamat dan selamat datang ke dunia baby L” ujar isteri kepada Awal Ashaari ini lagi.

Awal turut melahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayi keduanya setelah menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.

“Syukur segalanya dipermudahkan. Scha akan berpantang di rumah kami dan Lara juga tidak sabar ingin melihat adiknya,” kata Awal.

Awal dan Scha turut memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.

Scha dan Awal mendirikan rumahtangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.