Polis siasat kes bayi perempuan cedera di rumah pengasuh

Polis siasat kes bayi perempuan cedera di rumah pengasuh

Bayi berusia dua bulan itu dilaporkan dalam keadaan lemah dan cedera ketika diambil ibunya dari rumah pengasuh.

baby
Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumarasan berkata hasil imbasan CT scan mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman di kepala.
ISKANDAR PUTERI:
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang bayi perempuan berusia dua bulan berada dalam keadaan lemah dan cedera ketika diambil oleh ibunya dari rumah pengasuh pada 4 Sept lepas.

Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan, berkata laporan dibuat oleh ibu mangsa di IPD Iskandar Puteri pada kira-kira 1.30 pagi, keesokannya.

Bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan hasil mesin imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman di kepala.

“Bayi itu masih dirawat di hospital. Bagaimanapun, belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes masih dalam siasatan lanjut,” menurut kenyataan.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak.

Sebarang maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau ke pusat kawalan daerah Iskandar Puteri di talian 07 5113622 atau hotline di 07 5114222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.